Home > FIFA > UEFA > The FA > Premier League > Arsenal > Kecek-kecek Arsenal > Intai Euro2008: Siapa kalian mahu untuk Arsenal?

« Previous Post Next Post »

Intai Euro2008: Siapa kalian mahu untuk Arsenal?

Monday, 16 June 08, 08:31 AM · Comments(5)

Saingan Euro2008 sudah masuk minggu yang kedua. Perlawanan peringkat kumpulan hampir tamat. Daripada persembahan setakat ini, pemain manakah yang kalian mahu agar menyarung jersi Arsenal?

Ya, Arsenal telah pun mengesahkan pembelian Aaron Ramsey. Tapi beliau masih muda, menyertai puluhan pemain muda berbakat di Arsenal. Beliau tidak akan mampu memberikan impak serta-merta di Arsenal.

Berbalik kepada soalan asal, ada dua nama yang aku sangat mahu melihatnya bermain untuk Arsenal. David Villa dan Wesley Sneijder.

David Villa, aku kira adalah antara penyerang paling berbisa di dunia buat masa ini. Beliau mengingatkan aku pada Thiery Henry pada zaman kegemilangannya, dua tiga musim yang lalu. Tetapi kemungkinannya untuk dibeli oleh Arsene Wenger adalah sangat kecil. Arsenal sudah punya ramai penyerang; Adebayor, van Persie, Eduardo, Bendtner, Walcott dan Vela. Harganya sudah pasti sangat mahal, dengan persembahan mantap di Euro setakat ini. Chelsea dan Liverpool juga sangat berminat untuk mendapatkannya, walaupun Villa sendiri pernah menyatakan minatnya untuk menyertai Arsenal. Jadi Wenger, apa lagi? Jual Adebayor, beli Villa!

Wesley Sneijder pula mengingatkan aku pada Dennis Bergkamp. Walaupun bermain di posisi attacking midfielder, Sneijder mampu menjaringkan gol-gol yang cantik seperti juga Bergkamp, dan lebih prolifik berbanding pemain Arsenal dengan posisi yang hampir sama iaitu Hleb. Apa yang pasti, Sneijder juga tidak akan dapat dibeli dengan harga yang murah, dan dikatakan akan dijadikan sebahagian daripada tukaran oleh Real Madrid untuk mendapatkan Christiano Ronaldo.

Lain-lain pemain yang aku kira sesuai untuk Arsenal adalah Lukas Podolski (hampir sama dengan van Persie?) dan David Silva (Sepanyol, menggantikan Flamini?).

Bagaimana dengan kalian? Siapa yang kalian mahu untuk menyarung jersi Arsenal?

Like this blog? Help spread the word: Facebook Diggicon Reddit Delicious

Spacer Spacer
0
Posted by mudin001 | Comments (5)

5 Comments · Add yours

adihamka
Spacer Spacer
0
adihamka Wrote: | 21.45MYT | Jun 16, 2008

Goalkeeper - Ricardo [Portugal]

Midfielder - Sneijder [Holland]

Forward - David Villa [Spain]

kalau season ni Wenger masih kedekut,maka kedekut juga lah sokongan aku utk Wenger terus kekal!

mudin001
Spacer Spacer
0
mudin001 Wrote: | 23.00MYT | Jun 16, 2008

Adi, bagi aku... penjaga gol bukan keutamaan untuk Arsenal pada masa ini. Masih mahu memberikan peluang kepada Almunia untuk membuktikan kebolehannya.

Dan masih mahukan Wenger untuk terus menerajui Arsenal. Tapi andai kata Wenger meninggalkan Arsenal, Marco van Basten mungkin pilihan yang sesuai untuk menggantikannya. :)

as
Spacer Spacer
0
as Wrote: | 04.12MYT | Jun 17, 2008

aku nk lehman main utk arsenal kah2

adihamka
Spacer Spacer
0
adihamka Wrote: | 09.19MYT | Jun 17, 2008

bro mudin..

aku tak ada masalah dengan goalkeeper. itu sekadar cadangan manja.heheh!

cuma aku nampak kehilangan hleb perlu diisi sebab ia kritikal.Sekarang hanya Rosicky dan Fabregas yang pacu barisan midfield. Mungkin nama-nama seperti Ribery, Jaoquin atau Quaresma perlu dipertimbangkan Wenger untuk mantapkan bahagian sayap.

aspek serangan aku menantikan gantingan Walcott-van Persie menjadi realiti dan diketengahkan secara konsisten.

dan bab van Basten tu, aku tersangatlah setuju!

el
Spacer Spacer
0
el Wrote: | 14.29MYT | Jun 17, 2008

hihihi...
arsenel beli edriyen mutu la... hehehe... milan berus ko...

tapi debivwiya tu, masa welkap hari tu pun... jadi molek doh... pelik tak dok sapo nok beli...

Leave a comment




(Don’t want to see this next time? Just sign up for an account.)