Search OleOle:
enesptfritderuzhkoja Sign Up Log in
Home > FIFA > UEFA > The FA > Premier League > Chelsea > KB Soccernet > Kedah Juara Piala Malaysia 2008!

« Previous Post Next Post »

Kedah Juara Piala Malaysia 2008!

Saturday, 23 August 08, 06:22 PM · Comments(4)


Kedah melengkapkan musim gemilangnya dengan menjuarai Piala Malaysia buat dua tahun berturut-turut dan mencipta rekod unik, juara berganda untuk tiga piala dalam dua musim. Kemenangan ini di capai hasil usaha padu daripada keseluruhan pasukan Kedah - pemain dan pengurusan untuk mencipta kejayaan gemilang ini.

Dalam perlawanan yang disaksikan lebih 40000 orang penyokong, Gergasi Merah Kuning membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi Frank Seator.

Sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin menuju gawang dan penjaga gol Helmi Eliza Elias, yang beberapa jam terdahulu diisytihar Pemain Paling Popular dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, sekadar menampan bola ke kaki Seator yang menyambar peluang itu dengan senang hati.

Namun Kedah bukan calang-calang pasukan. Dengan Nelson San Martin menjadi kemudi tengah membekalkan peluang kepada Marlon James dan Khyril Muhymeen Zambri, hantaran dan pergerakan Hijau Kuning lebih kemas.

Menerusi satu umpanan tepat Nelson, Marlon meloloskan diri sebelum menyepak jaringan penyamaan dengan tenang pada minit ke-32.

Belum sempat Selangor bangkit bernafas semula, Kedah menghukum kealpaan benteng pertahan Merah Kuning seminit kemudian.

Percubaan Khyril Muhymeen Zambri ditampan Evans Chisulo dan bola yang berlegar sekitar luar petak penalti itu pantas disambar oleh Nelson yang melihat tendangannya mencecah jaring Suffian Abdul Rahman.

Lima minit kemudian gol Selangor bocor lagi. Tertekan, bek Selangor Razman Roslan tersilap umpan kepada Fadly Baharom, Pemain Muda Paling Popular 2008, yang terus menyepak tinggi menewaskan Suffian.

Dengan kedudukan 3-1 kepada Kedah pada separuh masa pertama, sudah tentu Selangor sukar untuk mengheret Kedah ke masa tambahan.

Bagaimanapun, Safee Sali memberi sekelumit harapan kepada penyokong setia Selangor apabila dia merapatkan kedudukan pada minit ke-78 menerusi percubaan cantik dari luar kotak penalti.

Kesudahannya, bagaimanapun, tidak berubah. Kedah mengekalkan kejuaraan, manakala Nelson dinobatkan selaku Pemain Terbaik Perlawanan.

REAKSI

Jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, meraikan kemenangan itu dengan perasaan bercampur baur.

“Anak buah saya berjaya mencipta sejarah yang tidak mudah untuk diulangi. Kedah menjuarai tiga gelaran sekali gus buat dua musim berturut-turut, iaitu enam piala dalam masa dua tahun. Pada masa yang sama saya menujukan kemenangan ini kepada sifu saya, Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil yang meninggal dunia bulan lalu.

“Kemenangan ini juga cukup bermakna kerana ia hadir pada ulangtahun ke-50 pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah,” kata Azraai yang dipilih Jurulatih Paling Popular.

Dollah Salleh yang muram akibat kekalahan itu menyifatkan barisan Kedah lebih pantas, lebih baik dan berhak muncul juara edisi ke-82 piala itu.

“Saya mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatan saya, Azraai. Pencapaiannya agak luar biasa, kerana jarang kita dengar satu pasukan muncul juara berganda atau treble dua musim berturut-turut di tempat lain.

Nelson pula menganggap kemenangan itu berpunca daripada semangat setiakawan pemain Kedah yang diterapkan oleh Azraai.

“Secara peribadi, ini kemenangan yang cukup menyenangkan hati saya. Saya tujukan kejayaan ini kepada ibu. Saya kehilangan ibu tercinta akibat kanser awal tahun ini dan langsung tidak berpeluang menjenguknya di Santiago, Chile.”

kakibangku's verdict: Tahniah Kedah kerana mencatat DOUBLE TREBLE ... pertama kali dalam sejarah bolasepak Malaysia! Kedah memang layak menang malam tadi hasil permainan yang menarik dan kesungguhan yang di tunjukkan. Sang Kenari terbang tinggi!

Like this blog? Help spread the word: Facebook Diggicon Reddit Delicious

Topics: The FA, Chelsea
Posted by kbsoccernet | Comments (4)

4 Comments · Add yours

Ηλίας Θαλάσσης
Spacer Spacer
0
Ηλίας Θαλάσσης Wrote: | 09.07MYT | Aug 24, 2008

hello from Halkida Greece

fiey
Spacer Spacer
0
fiey Wrote: | 14.54MYT | Aug 24, 2008

Kedah memang hebat. Sayangnya FAM yang kurang bijak itu telah mengharamkan pemain import tahun depan. Sedih kerana terpaksa melepaskan Marlon Alex James, Cornelius Bernard Huggins dan Nelson San Martin. Mereka merupakan pemain import terbaik yang ada di Malaysia sekarang. Terima kasih diatas jasa dan sumbangan anda kepada pasukan hijau kuning.

adiezz
Spacer Spacer
0
adiezz Wrote: | 23.32MYT | Aug 24, 2008

"TAHNIAH BUAT PEMAIN BOLASEPAK KEDAH" & semua penyokong bolasepak yang sentiasa bersama menyokong pasukan Kedah untuk muncul Juara 3 Piala buat 2tahun berturut-turut..... tahniah semua!!!!!!!! Pulun Kedah Pulun.... Kedah Pantang Kalah..........

farisha
Spacer Spacer
0
farisha Wrote: | 16.45MYT | Sep 2, 2008

tahniah kpd pasukan kenari krn tlh memenangi kejuaraan Double Treble!!!hrp2 thn dpn tanpa pemain import pemain tmptn dpt m'berikan komitment yg tinggi terhdp pasukan ksyangan kta...
SEMOGA TERUS SUCCESS!!!

Leave a comment




(Don’t want to see this next time? Just sign up for an account.)
For full post, please visit here: http://www.kbsoccernet.com